
Sebagai penganjur dan juga mewakili kawan-kawan lain yang telah bersusah-payah menjayakan majlis tayangan filem ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menolong dan memberikan sokongan dengan menghadirkan diri dan menepuk tangan ikhlas setiap kali filem ditayangkan. Kami terharu. Mungkin teruja perkataan yang lebih sesuai. Tapi apa pun. Kami pulang puas pada hari itu.

Majlis yang pada asalnya dijadualkan akan berlangsung pada jam 3.00 petang telah ditunda sedikit beberapa detik dek kerana urusan teknikal dari pihak JOTIC yang kaget dengan kedatangan kami yang tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan mereka sendiri. Terlupa agaknya. Orang ramai mula hadir sekitar jam 2.00 petang. Sangat mengharukan apabila ada yang datang membawa keluarga dan anak kecil, dan dari lingkungan umur yang senior menunjukkan filem, tidak kira bebas, seni atau arus perdana mempunyai khalayak. Kami genbira dapat bersalaman dan bertanya khabar. Ada muka baru dan lama, walaupun tidak ramai, kami sebenarnya sudah menjangkanya dari awal.
Sudah dijangka? Ya, kerana maklum balas dan sejarah menunjukkan tayangan filem bebas atau pendek bukan budaya lama di Johor Bahru. Untuk membiasakannya lalu menjadikannya satu budaya memakan masa. Dan untuk majlis ini masa itulah yang kita kekurangan dek kerana perancangan yang terlalu singkat dan longgar. Tapi kami akur. Demi minat dan menghormati tetamu, majlis tetap berjalan.
Encik Masaki-san, pengarah filem Aturan Mondok datang bersama anak beliau. Kecil molek. Cili padi. Berani mengarah filem dan menari tap. Nampaknya kanak-kanak kita mula lambat.
Untuk melihat gambar sekitar
majlis sila klik sini dan untuk ulasan majlis, sila
klik sini